Friday 3 September 2010

RAMADHAN - BULAN REZEKI - JUGA SATU IBADAH



Bila ramadhan menjelang tiba, ramai orang sibuk untuk berniaga. Banyak pula bazar yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Ada yang sanggup ambil cuti sebulan atau bersengkang mata untuk menyiapkan lauk-pauk, kuih muih dan macam-macam lagilah untuk dijual dibazar ramadhan. Ada juga sebelum ramadhan dah sibuk buat kuih raya contohnya macam isteri solehah Rayden sibuk buat almond london hehee..

Itulah hakikatnya bulan ramadhan bulan rezeki. Mencari rezeki yang halal juga satu ibadah. Berlipat kali ganda pula pahalanya. Rezeki jangan cakaplah, siapa yang usaha lebih dapatlah lebih. Tapikan lebih elok kalau kita teruskan usaha berniaga untuk bulan-bulan yang lain. Nabi Muhammad s.a.w. juga menjalankan perniagaan setiap hari. Insya-Allah Rayden dan isteri akan meneruskan perniagaan cookies untuk bulan-bulan seterusnya. 

Part Rayden memberi modal pada isteri. Modal yang diperolehi dari keuntungan perniagaan Mystar. Alhamdullilah, rezeki Allah yang berikan. Yang penting kita usaha dan fokus pada kejayaan.

" Alang-alang jadi usahawan biarlah sampai jadi Usahawan Jutawan "

I LIKE TO BE YES! RESOURCES PARTNER!

No comments:

Post a Comment