Thursday 30 September 2010

TEAMWORK POWER

Fakta : 93% faktor kegagalan dalam perniagaan multilevel marketing adalah disebabkan tidak berkerjasama dalam satu kumpulan!

Jom kita buat sedikit kajian, bagaimana orang-orang cina berjaya dalam perniagaan?

Budaya orang cina sentiasa tolong menolong dan saling berkerjasama dalam satu pasukan. Hasil dan hakikatnya 80% entiti perniagaan di Malaysia dikuasai oleh bangsa cina.

Dalam islam solat adalah satu contoh terbaik yang boleh kita jadikan panduan. Jika kita solat sendirian pahala ganjaran adalah satu, tetapi jika kita solat berjamaah pahala ganjaran yang diberi adalah 27 kali ganda.

Begitu juga meeting YES! Resources setiap minggu hari Selasa 8.30 mlm-10.30 mlm di seksyen 9 Shah Alam kita perlu hadir setiap minggu untuk mencapai 27 kali ganda pendapatan. 93% kekayaan pasti terhasil jika kita hadir meeting setiap minggu. Betulkan?!

Bagus! Ahad ini 3 Oktober 2010 satu transformasi akan berlaku. Klik disini jika anda ingin bersama kami mencapai visi Jutawan dalam multilevel marketing.


Monday 27 September 2010

RUMAH TERBUKA YES RESOURCES

Salam Kepada Semua Business Partner YES! Resources serta pembaca setia blog anda semua dijemput ke rumah terbuka YES! Resources pada:-

  • Tarikh: 28 September 2010
  • Masa : 9 mlm hingga 11 mlm
  • Hari : Selasa
  • Tempat : Mobile Biz Network Office Sekyen 9 Shah Alam

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Rayden 017-283 0861, Cikgu Nasir 012-289 9897, Nurul Hidayah 012-394 0452, Amran 012-656 0054, Nik 012-282 7901.

Sekitar Rumah Terbuka Rayden pada 25 September 2010.


Terima Kasih pada Leader, Upline, Downline serta business partner yang baru kerana sudi hadir memeriahkan lagi majlis. Thank You! Salam Lebaran Maaf Zahir & Batin!


Sunday 26 September 2010

5 SEBAB - MENGAPA WAJIB MEMILIH MYSTAR


Pendapatan/Bonus/Income:
 
  1. Modal permulaan termurah - Hanya RM300! Jana pendapatan sehingga RM16,000 sebulan!
  2. Pendapatan RM600 sehari! Pendapatan Rayden setakat ini pernah mencecah RM458 sehari!
  3. 12 Bonus Lumayan - Bonus Pengenalan, Bonus Pusingan, Bonus Overiding... nak tau lebih klik disini!
  4. Bonus Mewah - Dengan modal permulaan RM2500 layak memasuki Bonus Pusingan BMW. Ramai leader MLM rebut peluang ni termasuk Rayden hehe.. Jom Klik!
  5. Sistem bonus tanpa had! - Semua layak untuk merebut peluang jadi Jutawan Networker!

Kegunaan:

  1. 1 family 1 portal hanya RM300! (tidak kira 10 orang anak sekali pun asalkan ber-bin dan ber-binti yang sama!
  2. Mystar-A - Soalan subjektif pertama secara online terbaik di Malaysia!
  3. Mystar-B - 9 Bahasa Pilihan untuk anak dan ibubapa tanpa had! Terbaru Bahasa Perancis.
  4. Layak menyertai sesi panduan menjawab soalan UPSR, PMR dan SPM secara life video conference dengan Penyelaras soalan peperiksaan percuma!
  5. Nota-nota yang terlengkap pertama di Malaysia semua subjek!
Yang paling penting dan utama anda layak menyertai kami YES! Resources Group yang terhebat di Seluruh Semenanjung dalam pemasaran Mystar. Anda semua dijemput Ke Majlis Penubuhan Central Region Mystar Council (CRMC) bawa kapal anda bersama. Kami akan membantu menjana pendapatan yang tertinggi untuk anda. Tempat Terhad 50 orang  8 orang terawal!



 

Friday 24 September 2010

STRATEGI CLOSING WARM MARKET


Siapa Warm Market?

 
Warm market terdiri daripada kawan-kawan, jiran tetangga, dan rakan sekerja. Lingkungan dalam 50 hingga 70 orang sahaja.

Warm market memang mudah kita panggil, tetapi disini timbul banyak masalah kalau tak kena cara. Antaranya ialah prospek tidak datang atau beri alasan serta rejection yang amat dahsyat! 

Rejection pertama yang saya terima ialah " asyik keluar duit je, bila nak kaya!! "

Cara nak handle warm market ialah dengan menggunakan 3rd party (pihak ketiga). Kita bawa UPLINE untuk buat table talk dan closing bagi pihak kita.

Ia mudah kerana:

  • Kawan-kawan kita lebih respect orang luar berbanding kita.
  • Upline kita ada " Power " pasal cukup ilmu dan terbukti dah ada income dan aset.

Rayden suka juga dengan cara ini, sebabnya ingin berkongsi ilmu kejayaan dan yang paling penting membantu orang lain untuk berjaya. Mereka jutawan Rayden juga jutawan! Jika anda berminat untuk menjadi jutawan sila klik disini untuk menghadiri meeting pada setiap Selasa 9 malam di Seksyen 9 Shah Alam. Jangan lupa bawa kawan sekali!

I COMMIT TO GET PLATINUM MYSTAR HERE!
I COMMIT TO GET PLATINUM MYSTAR HERE!
I COMMIT TO GET PLATINUM MYSTAR HERE!

Wednesday 22 September 2010

GOOD LUCK!





I COMMIT TO GET PLATINUM MYSTAR HERE!
I COMMIT TO GET PLATINUM MYSTAR HERE!
I COMMIT TO GET PLATINUM MYSTAR HERE!

Saturday 18 September 2010

YOUR PERFECT LIFESTYLE

" Hari ini adalah masa untuk anda mulakan satu langkah yang baru dan membentuk impian kearah Perfect Lifestyle. "

Penyataan diatas adalah sesuatu yang simple tetapi memberikan makna yang sangat mendalam pada diri kita.

Kita mempunyai impian, tetapi ia tidak memberikan sesuatu yang bermakna jika kita tidak berusaha untuk mencapainya. Impian kita adalah untuk memiliki villa, BMW dan simpanan tetap RM100k dan yang paling penting kita tidak lagi mahu bekerja. Tapi, yang kita mahukan adalah duduk berehat dirumah tanpa perlu risau memikirkan kedudukan kewangan.
Jika anda...
  • Memiliki rumah bernilai RM200k tetapi perlu membayar ansuran RM1,000 tiap bulan selama 30 tahun ... anda masih belum lagi mencapai tahap Perfect Lifestyle!
  • Memiliki kereta bernilai RM80k tapi masih perlu membayar ansuran RM800 tiap bulan selama 9 tahun... anda masih belum lagi mencapai tahap Perfect Lifestyle!
  • Memiliki handphone blackberry atau Iphone tapi perlu membayar ansuran RM100 tiap bulan selama 2 tahun... anda masih belum lagi mencapai tahap Perfect Lifestyle!
  • Masih perlu membayar pinjaman bank atau koperasi dan perlu membayar ansuran RM200 tiap bulan selama 5 tahun... anda masih belum lagi mencapai tahap Perfect Lifetsyle!

Mereka yang mempunyai Perfect Lifestyle adalah sesorang memiliki perniagaan sendiri atau menjalankan perniagaan jualan langsung. Mengapa mereka...? Kerana mereka mempunyai pendapatan yang tidak terbatas. Segala keuntungan yang diperolehi adalah berdasarkan keuntungan jualan bukan berdasarkan gaji yang ditentukan oleh bos!

Dalam post yang lepas telah terbukti bahawa 9/10 kekayaan datangnya dari sektor perniagaan.
"Saya amat bersyukur kerana Allah telah memberikan jalan dan petunjuk yang lurus untuk menceburi bidang perniagaan pendidikan Mystar-A" .
Cepat dan tepat! Peluang perniagaan Mystar-A masih terbuka luas. Keuntungan hasil jualan sangat memberangsangkan. Saya percaya, yakin dan pasti inilah masanya perniagaan Mystar-A menjadi satu perniagaan sampingan untuk family.

Sunday 5 September 2010

REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA


Salam, pengalaman kali ini terlalu menyeronokkan. Sambil kita berusaha mencari rezeki fokus kepada kejayaan yang tinggi, jangan pulak kita lupa berdoa pada Allah yang maha pemurah.

Subahanallah... Sekarang ini isteri Rayden tengah sibuk menjahit manik yang ditempah oleh pelanggan. Minggu lepas sibuk dengan kuih raya, minggu terakhir ini pulak sibuk dengan jahitan manik. Alhamdullillah rezeki Allah tidak putus-putus.

Tips kali ini adalah 5 waktu (solat). Selesai kita berniaga dan berusaha memajukan perniagaan, penting bagi kita menjaga 5 waktu (solat). Kerana disitulah letaknya pintu rezeki pada orang-orang yang bertakwa. Sebenarnya solat adalah satu doa untuk menaikkan darjat seseorang mukmin itu di dunia dan akhirat. Cuba kita fahami ayat duduk antara dua sujud.

" Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, dan angkatlah darjatku, berilah aku rezeki dan berilah aku petunjuk dan afiatkanlah aku dan maafkanlah aku ".

Ia sebenarnya adalah satu doa. Jika kita mahu khusyuk dalam solat fahamilah maksudnya. Jika kita mahukan yang rezeki lebih perbanyakkanlah solat sunat yang lain seperti tahajjud, hajat dan dhuha dan berdoalah pada Allah kerana Dia-lah yang maha pemurah.




I COMMIT TO GET PLATINUM MYSTAR HERE!

Saturday 4 September 2010

SUBURKAN PERNIAGAAN


I GET MYSTAR PLATINUM HERE!

Perniagaan umpama menguruskan tanaman yang subur. Jika cantik akarnya cantiklah hasilnya. Kita anggap akar adalah mind thinking kita dan hasil adalah keuntungan perniagaan.

So, mengapa perjalanan perniagaan kita pada mulanya cantik tetapi tidak memberikan hasil yang lumayan pada akhirnya? Sebabnya adalah mind thinking kita bukan bersifat positif tetapi sebaliknya lebih kepada bersifat negatif. Kajian mengatakan kita berfikir 60,000 kali sehari, tetapi 80% fikiran kita adalah negatif. Sebab itulah tak berjaya.

Mulakan sekarang dengan pemikiran yang positif dan fokus pada kejayaan. Yakin Boleh! kerana kita yang menjana kekayaan perniagaan. Berdoa pada Allah kerana dialah yang maha memberi rezeki. Semoga rezeki yang kita perolehi ramadhan ini diberkati oleh Allah.

I LIKE TO BE YES! RESOURCES PARTNER!

Friday 3 September 2010

RAMADHAN - BULAN REZEKI - JUGA SATU IBADAH



Bila ramadhan menjelang tiba, ramai orang sibuk untuk berniaga. Banyak pula bazar yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Ada yang sanggup ambil cuti sebulan atau bersengkang mata untuk menyiapkan lauk-pauk, kuih muih dan macam-macam lagilah untuk dijual dibazar ramadhan. Ada juga sebelum ramadhan dah sibuk buat kuih raya contohnya macam isteri solehah Rayden sibuk buat almond london hehee..

Itulah hakikatnya bulan ramadhan bulan rezeki. Mencari rezeki yang halal juga satu ibadah. Berlipat kali ganda pula pahalanya. Rezeki jangan cakaplah, siapa yang usaha lebih dapatlah lebih. Tapikan lebih elok kalau kita teruskan usaha berniaga untuk bulan-bulan yang lain. Nabi Muhammad s.a.w. juga menjalankan perniagaan setiap hari. Insya-Allah Rayden dan isteri akan meneruskan perniagaan cookies untuk bulan-bulan seterusnya. 

Part Rayden memberi modal pada isteri. Modal yang diperolehi dari keuntungan perniagaan Mystar. Alhamdullilah, rezeki Allah yang berikan. Yang penting kita usaha dan fokus pada kejayaan.

" Alang-alang jadi usahawan biarlah sampai jadi Usahawan Jutawan "

I LIKE TO BE YES! RESOURCES PARTNER!

Thursday 2 September 2010

RAHSIA MEMENANGI HATI PROSPEK


Sama ada kita adalah seorang perunding kewangan, insurans atau multilevel, sesuatu yang sangat mustahak kita perlu tahu : memenangi hati prospek secara konsisten adalah sesuatu tugas yang mencabar dalam perniagaan. Tetapi ia menjadi mudah jika kita memahami keseluruhan perniagaan yang kita jalankan. Apa yang perlu kita perlu membuat sedikit assignment.
" Kenal pasti apakah bidang perniagaan yang kita ceburi? "
" Apakah produk, marketing plan dan bonus yang disediakan? "
" Apakah cara yang paling efektif untuk memenangi hati prospek? "
" Jadikan ia sebagai satu game dan fokus pada kejayaan. "


Seperti dalam satu perlawanan futsal, kita mesti tahu kekuatan pasukan kita. Kita juga ada membuat sedikit assigment tentang kelemahan pasukan lawan. Barulah strategi dibentuk untuk memenangi perlawanan tersebut. Betul tak?

Jadi untuk bertempur perlu ada ilmu. Ilmulah senjata kejayaan. So, kalau rasa diri anda masih lagi tidak kuat untuk bertempur bergurulah dengan orang-orang telah berjaya. Ingat dan semat dalam minda sekarang " 9/10 kekayaan datangnya dari hasil perniagaan! - Rangking Pertama adalah Ilmu".