Sunday 5 September 2010

REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA


Salam, pengalaman kali ini terlalu menyeronokkan. Sambil kita berusaha mencari rezeki fokus kepada kejayaan yang tinggi, jangan pulak kita lupa berdoa pada Allah yang maha pemurah.

Subahanallah... Sekarang ini isteri Rayden tengah sibuk menjahit manik yang ditempah oleh pelanggan. Minggu lepas sibuk dengan kuih raya, minggu terakhir ini pulak sibuk dengan jahitan manik. Alhamdullillah rezeki Allah tidak putus-putus.

Tips kali ini adalah 5 waktu (solat). Selesai kita berniaga dan berusaha memajukan perniagaan, penting bagi kita menjaga 5 waktu (solat). Kerana disitulah letaknya pintu rezeki pada orang-orang yang bertakwa. Sebenarnya solat adalah satu doa untuk menaikkan darjat seseorang mukmin itu di dunia dan akhirat. Cuba kita fahami ayat duduk antara dua sujud.

" Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, dan angkatlah darjatku, berilah aku rezeki dan berilah aku petunjuk dan afiatkanlah aku dan maafkanlah aku ".

Ia sebenarnya adalah satu doa. Jika kita mahu khusyuk dalam solat fahamilah maksudnya. Jika kita mahukan yang rezeki lebih perbanyakkanlah solat sunat yang lain seperti tahajjud, hajat dan dhuha dan berdoalah pada Allah kerana Dia-lah yang maha pemurah.




I COMMIT TO GET PLATINUM MYSTAR HERE!

No comments:

Post a Comment