Saturday 11 June 2011

BAGAIMANA KEKAL KAYA SELAMANYA

Salam 1mystar,

Satu tajuk yang menarik untuk perbincangan posting kali ini. 90% orang kaya pada permulaan tetapi kembali miskin pada akhirnya. Jadi bagaimana untuk kita kekal kaya selamanya? Rayden ada 5 cara yang biasa Rayden praktikkan dalam kehidupan seharian. Terbukti berkesan. You All just follow dan tiru bulat-bulat ye!

  1. Menabung duit dalam bentuk emas fizikal. Mengapa? Kerana harga emas sentiasa naik dan melambung tinggi. So bila dah dapat passive income dari nuffnang, komisyen 1mystar dan gaji bulanan tu pandai-pandailah asingkan untuk beli emas. Lagi best beli emas kijang.
  2. Gadaikan sebahagian emas dan laburkan dalam bentuk hartanah. Seeloknya beli tanah atau rumah secara cash bukan buat loan ye. Sebab kalau loan dikira sebagai anda berhutang. Tempoh hutang 20-30 tahun. So takkan nak tunggu pencen baru nak habis hutang? Betul tak?
  3. Sewakan rumah dan tanah pada mereka yang memerlukan. Satu idea yang bernas untuk buat duit banyak. Sewakan bilik-bilik yang ada. Kalau satu bilik RM300 dalam rumah ada tiga bilik dah RM900. Kalau buat sewakan rumah baru RM600. Betul tak?
  4. Laburkan dalam bentuk perniagaan. Tak kiralah perniagaan apa yang anda jalankan. Yang penting berdaftar dengan SSM. Bila perniagaan dah maju pasti ada buyer yang nak beli. Yang ni banyak berlaku di US. Ramai yang jadi billonaire bila jual syarikat. Di Malaysia pun berlaku. Rayden kerja dengan syarikat koperat so banyaklah perkara yang Rayden tahu.
  5. Yang paling penting dapatkan nasihat dari mereka yang telah berjaya. Rujuk pada mereka bagaimana mereka membina kekayaan. Jadikan mereka sebagai idola anda. Tugas anda cuma copy and paste cara mereka membina kejayaan dan kekayaan. Seeloknya carilah orang yang beriman.
Jadikan blog ini sebagai sumber inspirasi sehari-hari untuk anda berjaya dan bina kekayaan melaluinya. Orang yang berjaya tidak lokek berkongsi ilmu dengan semua orang.

p/s: graf income nuffnang Rayden makin meningkat naik, laju pulak tuh! Thank You Nuffnang!

THINK WHAT RICH PEOPLE THINK, DO WHAT RICH PEOPLE DO AND YOU WILL RICH TOO!
I COMMIT TO GET PLATINUM MYSTAR HERE!

No comments:

Post a Comment